Mukadimmah
Jabatan Bahasa Ibunda menerajui 2 bahasa perdana yang ditawarkan di Sekolah Menengah Dunearn, Bahasa Melayu dan Mandarin tetapi juga pelajar-pelajar yang mengambil Bahasa Tamil sebagai bahasa kedua. Pelajar yang mengambil Bahasa Ibunda bersama-sama dengan bahasa asing yang lain seperti bahasa Jerman dan Perancis. Kami juga menawarkan Program Bahasa Mandarin Cina Sukatan B bagi sekolah-sekolah berdekatan.
Bagi jangka panjang, jabatan kami berhasrat untuk membentuk pelajar-pelajar Dunearn supaya fasih dalam bahasa Ibunda dan menyediakan peluang bagi pelajar-pelajar untuk menghayati dan mendalami warisan budaya tradisi dan pemahaman melalui perkongsian pengetahuan dan interaksi dengan pelajar lain. Pelajar-pelajar juga digalakan meneroka kemungkinan pembelajaran melalui penglibatan proaktif dalam program pengayaan yang dapat menggilap bakat dan aptitud pelajar ke arah pembentukan individu yang berketrampilan dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
Misi
Untuk menyediakan persekitaran yang kondusif di mana para pelajar boleh mengembangkan potensi mereka di dalam bahasa Ibunda secara maksima dan menyediakan para pelajar untuk mengharungi cabaran era persejagatan yang mencabar.
Visi
Untuk melengkapkan para pelajar dengan kemahiran yang diperlukan bagi menjadi penutur bahasa yang fasih dan mempunyai minat dan kecintaan yang mendalam dan perasaan bangga terhadap warisan tradisi budaya mereka.
Nilai-Nilai
Wawasan jabatan kami agar pelajar-pelajar dapat dibentuk agar mempunyai DISIPLINE :
- D edikasi dan minat yang mendalam terhadap Bahasa Melayu
- I individu yang mandiri dalam pembelajaran
- S entiasa bangga terhadap kerja
- C ekap dan kreatif dalam pemikiran
- I nnovatif
- P embelajaran Sepanjang Hayat
- L ancar dan mempunyai kemahiran inguistik
- I maginatif
- N atural
- E kpresif
Fokus Tumpuan
Program Bacaan Berstruktur
Program Pengayaan Komprehensif
Fokus kepada latihtubi intensif oral dan kemahiran menulis
Peratusan kelulusan dan kepujian yang tinggi/nilai tambahan
Penerapan IT, NE dan Kemahiran Berfikir dalam program pengayaan
Mengekalkan Budaya Tradisi dan Nilai-Nilai Murni
Promosikan kesedaran Ettnik
Program Pengayaan dan Pertandingan
Seiring dengan matlamat Unit Bahasa Melayu, guru-guru jabatan kami telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan bagi pelajar-pelajar kami. Berikut ialah senarai aktiviti pengayaankami sepanjang tahun 2008.
Program Pengayaan Bagi Tahun 2008
· Perkhemehan Silang Budaya (Menengah 1)
· Bengkel Kewartawanan
· Pertandinagn Mengarang Antara Darjah
· Learning Journey
· Pertandingan Sahiba
· Program Bacaan Ektensif Bahasa Melayu
· Pertandingan Bahas
· Pertandingan Pidato
· O Level Preparatory Workshop
· Cetusan Minda
· Bengkel Bicara Sastera (1 – 5)
· Festival Pembelajaran
· Konsert Gongxi Raya
· Program Conversational Bahasa Melayu
Kami juga aktif dalam menyertai aktiviti dan pertandingan di peringkat kelompok dan nasional. Berikut adalah senarai aktiviti dan pertandingan yang kami sertai i :-
Pertandingan Bahas Peringkat Nasional Antara Sekolah-Sekolah Anjuran Berita Harian
Pertandingan Puisi Artistik Anjuran Sekolah-Sekolah Menengah Kelompok Barat 2
Bengkel Bimbingan Bahasa Melayu Peperiksaan GCE O
Penerbitan Cetusan Minda
Pencapaian Akademik 1999 – 2007 (Bahasa Melayu)
Pelajar-pelajar menengah 4E, 5NA, 4NA dan 4NT secara konsisten memperolehi keputusan cemerlang dalam Bahasa Melayu dari tahun 1999 – 2007. Peratus kelulusan bagi kedua-dua 4 Express dan 5 normal akademik berjaya mengatasi purata nasional dari tahun 1999 – 2007. Pelajar menengah 4 Express pupils secara konsisten mengatasi purata nasional dari tahun 1999 – 2007 sementara peratusan kepujian bagi pelajar menengah 5 berjaya mengatasi purata nasional bagi tahun 2007.
No comments:
Post a Comment