Tuesday, November 18, 2008
Dunearn Muncul Naib Johan Pertandingan Puisi Artistik 2008
Wadah perjuangan diteruskan, barisan pelapis dilentur melalu Pertandingan Puisi Artistik 2008 anjuran Sekolah-Sekolah Kelompok Barat 2.Berbekalkan wadah ini, bertempat di Dewan Sekolah Menengah Swiss Cottage bertarunglah 5 sekolah-sekolah menengah Kelompok Barat 2 dalam suasana yang gemuruh. Dengan sorakan penyokong setia, masing-masing mempersembahkan deklamsi puisi mereka dengan gaya tersendiri lagi kreatif dalam merebut Piala Juara Puisi Artistik. Pnale hakim pening kerana semuanya hebat-hebat belaka namun akhirnya Sekolah Menengah Hillgrove muncul sebagai juara diikuti oleh Sekolalah Menengah Dunearn sebagai Naib Juara. Semoga Dunearnite akan terus mengibarkan panji Dunearn dalam pertandingan Puisi Artistik pada tahun hadapan.Syabas Dunearnite!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment