Wednesday, December 10, 2008

Latar Belakang

Jabatan Bahasa Ibunda merupakan salah satu aset terpenting bagi Sekolah Menengah Dunearn. Jabatan Bahasa Ibunda banyak menyumbang ke arah peningkatan pencapaian peratusan akademik peperiksaan GCE “O” sekolah. Jabatan ini terbahagi kepada dua bahagian penting iaitu Jabatan Bahasa Melayu dan Jabatan Bahasa Cina. Kedua-dua jabatan ini merupakan satu gandingan yang unik hingga berjaya memantapkan kemahiran berbahasa para pelajar dan menjadikan Jabatan Bahasa Ibunda jabatan yang berkesan.

Guru-guru Jabatan Bahasa Melayu turut dicalonkan bagi OCA (Individu) bagi 4 tahun berturut-turut. Di samping itu, selama 10 tahun berturut-turut Aliran Ekspres sekolah kami berjaya mengekalkan 100% kelulusan Bahasa Melayu dan 3 tahun bagi Aliran Normal. Ini merupakan pencapaian yang memberangsangkan.

No comments: