Obn Objektif program ini ialah membantu pelajar yang gagal dalam Bahasa Melayu serta membantu peningkatan minimum gred keputusan GCE. Pelajar akan dikenal pasti daripada keputusan peperiksaan akhir tahun menengah tiga / empat normal akademik dan berdasarkan keputusan Ujian Bersepadu serta peperiksaan Semester yang dijalankan. Program ini dijalankan setiap hari Jumaat dan melibatkan semua guru-guru Bahasa Melayu.
2. Perkongsian Dalaman
Sebelum segala program dan P & P dijalankan, dipastikan semua guru bahasa diberi input yang berguna untuk diaplikasikan semasa P & P agar matlamat Jabatan akan tercapai. Perkongsian ini memberi fokus kepada guru-guru baru dan sebarang perubahan yang melibatkan P & P, akan disampaikan semasa perkongsian dilaksanakan.
3. Program Bulan Bahasa
Program ini merupakan satu aktiviti tambahan bagi mencungkil bakat pelajar dalam aspek kebahasaan. Antara aktiviti yang dijalankan seperti berpantun, berdrama, penggunaan peribahasa, buku skrap dan bermacam-macam lagi. Sepanjang bulan April, aktiviti yang telah diatur oleh kedua-dua jabatan bahasa ibunda akan dijalankan.
4. Ceramah Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu(Bengkel GCE “O”)
Program ini merupakan rutin tahunan Jabatan Bahasa Melayu dengan kerjasama sekolah-sekolah menengah kelompok barat 2 bagi mempersiapkan para pelajar menghadapi Peperiksaan GCE. Program ini membantu pelajar memahami serta mengaplikasi teknik menjawab soalan GCE “O” dengan betul dan berkesan. Penceramah khas dijemput dari dalam dan luar kelompok, merupakan penceramah yang bukan calang-calang hebat dalam bahasa. Program ini melibatkan pelajar menengah 4, menengah 5 dan juga menengah 3 yang mengambil Bahasa Melayu Lanjutan.
5. Program Pecutan Bahasa Dan Sentuhan Terakhir
Jabatan Bahasa Melayu sekali lagi merangka program bagi memantapkan lagi kemahiran dan kendiri para pelajar sebelum mengambil GCE. Seperti biasa, seminggu sebelum GCE bermula guru-guru akan mengadakan sesi perjumpaan khas bersama pelajar.
6. Program Elit
Bagi mencapai matlamat sekolah dan Jabatan, program ini dilahirkan bagi meningkatkan tahap pencapaian kepujian dalam Bahasa Melayu. Jabatan Bahasa
7.
Ini merupakan satu keunikan sekolah ini kerana memiliki satu tempat khas yang memberi ruang kepada para pelajar untuk mencari dan membaca bahan-bahan ilmiah,
8. Ujian Diagnostik
Ujian ini dijalankan khas kepada pelajar menengah ekspres dan lima normal, bertujuan melihat tahap pelajar dari sudut tatabahasa dan lain-lain. Klinik khas akan dibentuk untuk mengatasi masalah pelajar yang telah dikenal pasti.
9. Kelas Tambahan
Kelas tambahan ini ialah program khas yang telah dirancang oleh pihak ketua jabatan dengan kerjasama pihak sekolah.
10. Latih Tubi
11. Klinik ICU
Program ini khusus kepada pelajar-pelajar yang lemah berdasarkan pencapaian dalam kelas. Pelajar akan dikumpulkan dan tumpuan membantu untuk lulus sahaja.
No comments:
Post a Comment